Kejayaan kebanyakan usahawan CNI adalah kerana mereka mengamalkan konsep pengguna bijak. Kekuatan seseorang usahawan itu juga sangat bergantung kepada sejauh mana mereka boleh mengamalkannya serta melakukan penduaan atau 'duplikasi' di dalam rangkaiannya yang besar. Dengan kaedah pengguna bijak, maka setiap orang tidak menjadi masalah di dalam penjualan asas atau pun untuk maintain penjualan peribadi.
Cara yang dipraktikkan di CNi adalah dengan menukar jenama barangan penggunaan harian kita daripada cap X kepada jenama CNI. Kita juga mengamalkan pembelian barangan dengan harga borong terus dari kilang.